Assalamualaikum. Selamat hari raya semua. Harini hakak nak payung sikit kombo LaTeX + Mendeley + JabRef. Buat yang belum berkenalan dengan LaTeX, Mendeley dan JabRef, meh hakak belanja sedikit pengenalan berkaitan mereka. 1. LaTeX LaTeX ni suatu sistem untuk mengatur huruf dokumen baik artikel, buku, tesis. laporan, pengalur (beamer) dan banyaaak lagi. Hakak suka sangat pakai LaTeX sebab senang kerja bab-bab nak jarak bagai ni kan. Ko tulis je bersepah-sepak, nanti reti la si LaTeX ni susunkan elok2 cun meletop tara2 Rozita Che Wan. Kalau taip simbol-simbol Greek ke operasi matematik ke apa memang serius cun lagi menggiurkan. Ada banyak perisian yang boleh digunakan untuk menyunting fail LaTeX. Kalau dalam Windows, selalunya hakak guna PCTeX. Kalau pakai Ubuntu pula, selalunya hakak guna Kile. 2. Mendeley Mendeley ni pula bagus untuk mengurus artikel-artikel, buku-buku, atau apa-apapun bahan bacaan yang diterbitkan. Takde la bersepah-sepah kan sana sikit sini sikit merata-rata benda. Di Mendeley kita boleh juga tulis nota pada PDF tu, highlight. Mendeley pun ada tanda kita dah baca ke belum banyak2 dokumen yang kita ada tu. Ini adalah suatu ciri yang penting ya buat orang yang suka download paper secara pukal macam hakak. Kalau menulis dalam MS Word, boleh hubungkan Mendeley dengan MS Word dan terus cite kat situ. Bila dah siap menulis, boleh minta tolong Mendeley generate list of bibliography. Kelasss kan. Ada benda senang buat apa nak susahkan diri kan? Banyaaaaaakkk lagi features Mendeley yang mampu membuatkan korang angau. Nak tau kene la explore sendiri. Pergi la dating dengan Mendeley tu. 3. JabRef JabRef ni suatu perisian yang sangat ngam dengan LaTeX ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku, air dicincang takkan putus. Okay ni je yang hakak mampu nak payung peribahasa kat korang. Bila menulis dalam LaTeX, korang akan ada pilihan untuk buat suatu fail bibtex untuk longgokkan segala bahan rujukan korang di situ. Senang nak cite kan? Kalau ko nak tilik satu2 kod dalam bibtex tu sejujurnya mampu membuatkan rasa pening nak muntah. Jadi tolongla guna JabRef. Mari kita tengok macam mana kombo ketiga-tiga benda ni boleh bergabung meletop ! Kalau korang pakai Mendeley untuk urus artikel, korang boleh minta tolong Mendeley generate dan update bibtex untuk korang. Haa tak ke senang hidup engkorang. Buat 1 kerja, yang lain orang buatkan. Dan menyebabkan kerja yg seterusnya lancaaaarrrrrrr dan mudah. Cara-caranya: Buka Mendeley dan klik pada 'Tools', kemudian klik 'Options'. Kemudian akan keluar satu lagi tetingkap. Klik pada tab 'BibTeX'. Kemudian klik pada kotak 'Enable BibTeX'. Korang ada pilihan sama ada nak minta Mendeley buat BibTeX baru, update yang sedia ada dan lain2. Lepas tu klik 'Apply' kemudian klik 'OK'. Kini segalanya baik-baik saja. Sit back and relax sambil cicah tempe goreng panas-panas dengan sambal kicap. Korang boleh double check dengan membuka fail bibtex yang dikehendaki menggunakan JabRef. Ada rasa berkurangan tak beban korang menggunakan LaTeX ? Nampak tak pelangi, rama-rama berterbangan disuluh sinaran mentari pagi? Tolong jangan tipu diri sendiri. Guna JabRef (belah kanan) lebih mudah berbanding kaedah manual belah kiri tu.
Sekian, selamat ber-LaTeX ;)
0 Comments
As Salam. Rasa nak rekodkan cara malas untuk dapatkan rajah berkualiti yang boleh dibaca oleh TeX editor / compiler. Setelah lama terkial2 mencari alternatif, terjumpa dalam 1 forum yg cadangkan cara orang tahap beginner insha Allah boleh buat. Disebabkan saya lebih cenderung melukis rajah pakai MS Word, jadi saya mulakan dengan langkah di MS Word. Langkah 1: Lukis rajah yang anda mahu menggunakan Drawing Canvas di MS Word. Langkah 2: Copy rajah di MS Word ke dalam MS Powerpoint. Langkah 3: Save as pdf. Langkah 4: Panggil pdf file tadi dalam LaTeX editor tadi dan lihatlah hasilnya. Not bad. Takde la garisan tu menggigil2 macam kene Parkinson (hasil yang didapati ketika print screen figure / save figure as pdf dalam MS Word). Selamat mencuba! Doakan kita dipermudahkan urusan siapkan thesis tau. TQ uols ! Assalamualaikum wrt. Sihat kawan2? Kemain rajin dia kan hari2 update blog. Okay harini baru perasan yang impact factor 2012 dah keluar. *clap clap* Berkobar2 lah kononnya nak check mana yang impact factor tinggi dan publishing frequency nya juga tinggi. Dah lama tak guna research tool ni, terkial2 juga nak cari. Padahal dah berkursus bagai. Sudah tiba masanya untuk mendokumenkan langkah2 supaya lepas ni kalau lupa, ada tempat boleh rujuk. Kita mulakan dengan Langkah 1: Bismillah :) Langkah 2: Masuk website Web of Knowledge. Kalau nak kerja senang, google perkataan 'ISI Web of Knowledge JCR'. Website dia berupa macam gambar bawah ni. Klik pada 'View a group of journals by' dan pilih 'Subject Category' pada kotak pilihan. Kemudian klik 'Submit'. Langkah 3: Para penonton bapa2 ibu2 semua yang ada di sini, boleh pilih subjek yang berkaitan dengan bidang penyelidikan masing-masing. Sebagai seorang fluid mechanist (cewah perasan), saya pilih beberapa area seperti applied mathematics, mechanics bla bla. Haa camne nak tekan banyak2 tu? Tekan [Ctrl] kat keyboard, jangan lepas tau. Sambil tu, klik pada subjek2 yang anda berkenan. Dah siap klik? Dah puas hati? Okay sekarang boleh berhenti tekan butang [Ctrl] tu. Seterusnya, klik pada 'View Journal Data - sort by' dan pilih 'Impact Factor'. Fokus ye. Motip kita adalah nak dapatkan senarai jurnal mengikut impact factor. *serius* Langkah 4: Akan keluarlah senarai panjang berjela bermuka2 suratnya. Mesti rasa argh tak larat la aku nak check satu2 macam ni. Esok2 boleh tak? Jawapannya boleh, kalau anda save senarai ni. Selain cara tradisional tahap paleolitik iaitu copy dan paste satu persatu dalam MS Word, ada cara lebih pantas, efisyen penuh gaya, mutu dan keunggulan. Klik 'Mark All', kemudian klik pada 'Marked List'. nota: fungsi 'Mark All' ini hanya boleh tampung 500 jurnal saja. Dalam kes kita, ada 640 jurnal. Jadi kita buat dua trips la ye. Langkah 5: Pada 'Sorted by:', klik 'Impact factor' kemudian klik 'Sort again'. Selepas siap disusun, boleh klik 'Format for Print'. Langkah 6: Dia datang, jeng jeng jeng! Ewah zapin sikit. Boleh la nak print senarai ni. Buat yang environment friendly, boleh la print as pdf je. Lepas tu balik pada marked list dan sambung retrieve lagi baki jurnal yang tak masuk marked list. Selamat menerbitkan artikel dalam jurnak berimpak tinggi dear readers ! Aja aja fighting (bajet kawaii k-pop sikit). Untuk sama bidang dengan saya, boleh la dapatkan senarai jurnal berserta impact factor ni dengan klik di sini. |
Wawi
Ahli matematik Kampung Oren Senarai bebelan
January 2016
Kategori bebelan
All
|